8) Shopping

Saudi Riyal (SR) dlm bentuk wang kertas yg digunakan ialah SR1, SR5, SR10, SR20,SR50,SR100,SR500... Itu yg aku ada guna. Duit syiling pun ada tapi boleh dikatakan tak digunakan langsung sbb nilainya terlalu kecil di sini. Jadi kalau harga SR9.5, lazimnya diorg akan bayar SR10 dan kira 'halal' lah lagi 50sen tu. Dengar citer seorg hamba Allahyg dah lama duk sini, duit syiling tu pun kdg2 diorg buang jer. 

Dlm hal shopping ni , utk buat perbandingan dgn harga di msia, nak senang kira aku convert SR10 = RM8.  
Image

Aku tak tukar pun duit ni di Malaysia. Aku call Maybank minta permission utk guna ATM kat luar negara. Tapi sekali cucuk, diorg charge RM10. Kalau yg ada AirAsia BIG Card, tak perlu call dan boleh terus guna ATM machine. RM6 /transaction. 

Money changer pun ada. Senang nak jumpa. Tukar di Mekah lebih baik dr Madinah. Tapi mesin ATM lebih ketara banyaknya. Sana sini ada. 

Pasal makanan pulak, selalunya TA dah sediakan makanan  Malaysia style kat hotel, tapi kpd yg nak ubah selera, boleh beli sendiri di luar hotel. Of course halal 

Image
Ini dinner aku kat Mekah. Suka betul dgn ulam daun tu. Jarjir namanya. Sedap sgtFirst time rasa ulam cam ni. Alhamdulillah! 


--------------- Shopping @Madinah ------------------

Pasar kurma di belakang shopping complex Centerpoint adalah destinasi wajib bg kebanyakan TA. Mmg murah dan berbaloi beli di situ. Ada mcm2 kurma, kekacang, manisan..boleh tawar menawar. tapi ayahanda kata lebih murah masa lawat Jabal Uhud. Umumnya, di Pasar kurma : 

  • Kurma SR30 - SR70 sekilo. ...tgk jenislah. 
  • Pistachio (kacg cerdik)  SR45/kilo.  ..small size,     SR60/kilo ....big size 
  • Badam  SR30/kilo 
  • Buah tin. Sepeket SR20 
  • Kurma badam salut coklat. SR20 sekotak 
  • Mcm2 manisan/candy dijual SR20/kilo...pilih mana suka! 


Image

Other foods & snacks pun tak mahal, lebih krg mcm kat m'sia. Ingat yer.. SR10= RM8. Sokorg convert sendirilah yg ni. 

  • Burger  SR7 
  • Kebab SR4 
  • Air kotak / mineral  semua SR1 
  • Ais krim  SR2 - SR10 (tgk jenis & saiz) 
  • Roti SR1 pun ada! 
Image


Image
Pelik skit...dlm burger & kebab  mesti ada  french fries! 

Kalau nak mkn nasi berlauk ikut Arab style, harga dlm belas belas riyal pun ada, sampai puluhan riyal pun ada. Semua kedai mkn akan pamerkan harga. Nasi pun jenis basmathi..mmg sedap.  

Pasal mkn ni aku suka lokasi depan pintu masuk perempuan, gate Ali bin Abu Talib.. Banyak hotel situ...Darul TaqwaGreen palace, ... Dimeriahkan lagi dgn org yg buka gerai2 kecil jual di kaki lima. Bukan jual makanan tapi baju, gelang, tasbih,Quran, cincin, tudung, sejarah,etc. Bukan semua dr tanah Arab, manik2 tasbih tu ada yg dr China. 

Benda-benda cam tu lagi banyak kat kedai souvenier yg berderet2 di tepi masjid , pintu masuk utama ( Men entrance). Bersebelahan perkuburan baqi'. 
Image

Lagi satu aku jumpa kedai SR10 jual baju & kasut. Kedai ni ada di dlm bangunan depan hotel Diyar Habib. Mostly made in China tapi mcm tak percaya...semua SR10 ...semua RM8!! 
Bajunya biasa je mcm kat kedai baju Hari Hari di M'Sia tu, tapi mana dpt RM8 sehelai bro!. So, aku rembatlah jugak satu baju tu!  
Image

Sebb Madinah sgt sejuk masa tu maka baju sejuk mmg ada dijual everywhere. Kedai jual kain ela, baju,kedai emas pun banyak kat deretan kedai di bawah bangunan hotel sekitar Masjid Nabawi. 

Mcm2 jenis jubah, cantik2 belaka dan mmg jauh lebih murah dr pasaran M'sia. Tudung selendg pun sama. Jubah berkerawang indah, bersulam...kalau kat M'sia dah sah beratus, tapi kat sini boleh dpt bawah RM100.  

So, kalau dtg umrah tak cukup baju, no problem! Baju sejuk pun, beli sini pun ok. Mmg murah!! Boleh tawar menawar lagi! Nasihat dr seorang kawan yg dah lama menetap di Arab ni.... jangan malu mulakan discount anda dr separuh harga yg tertera !! 


-------------   Shopping @Mekah -------------

Area berdekatan masjidil haram, bawah hotel Safwa, ada banyak kedai baju dan kain berbanding org jual kurma. Ada juga kedai SR3 !!! Bukan baju jer.... Ini kedai souvenier dan memang banyak yg made in China. 

Walaupun made in China dan ada yg aku perasan ada juga sebenarnya yg dijual di M'siastill murah sebab baru SR3 . Brg cam ni biasanya ada di jual di kedai 'plastik' pd harga RM5 - RM10 . Aku beli inai sekotak kecil yg berharga RM5-7 tapi di sini baru SR3.(=RM2.4)! 

Kedai baju SR30 pun ada. Semuanya SR30/baju. Jubah lawa lawa tak der la sangat dlm kedai ni tapi lebih kpd baju harian org Arab utk pakai dlm rumah.Baju kanak kanak  mmg menarik di sini. Cute! 

Image
Masuk ke bhg dlm bangunan aku nampak signboard ni, so just follow. Destinasi wajib ialah supermarket & restaurant. 

Super marketnya taklah besar. Kalau M'sia aku rasa saiz tu kita panggil mini market. Aku suka tgk brg keperluan harian org Arab. Harga tak mahal. Lbh krg mcm kita gak. Banyak brg yg ada kat M`sia pun ada sini,cuma pakaging lain sikit. 

Lepas tu aku keluar merayap ke kedai-kedai yg ada sepanjang on the way to restaurant. Actually area foodcourtWowMcm mcm ada! Ada kedai makan M'sia juga! Kalau tak silap Felda punya. 
Image

Mknn kat sini semua harga berpatutan. Air jer yg aku rasa mahal skit. Aku beli jus biasa cawan plastik cam pasar mlm tapi yg tu jer SR5. Beli air tin pun sama jugak. Jadi, kalau nak yg murah lbh baik korg beli (air yg berperisa) kat supermarket dan beli mknn je kat foodcourt tu.  

Walaupun air mahal, tapi aku rasa ada juga yg berbaloi-baloi sebab diorg tak letak ais pun! Jus buahnya mmg pekat lagi tulen! 

 Ada juga beberapa booth yg jual ais blended ala 'Coolblog'. Yg tu SR10 - belas riyal jugalah, depend pd campuran buah-buahan yg ada. Tapi 'no ice'Mmg tulen jus buah. Kalau bancuh campur air masak dan campur ais, boleh dpt 3-4cawan lagi rasanya. But I like itHealthy drinks. 

Kesimpulannya, selain kurma & jubah, tak banyak barang made in Saudi. Banyak dr negara lain. Paling menarik--> MURAH ! 


No comments:

Post a Comment