1) Travel Agent = TA

Setiap amalan bermula dgn NIAT. Maka memang dah terdetik dlm hati ni nak buat Umrah.Duit pun dah cukup. So, apa lagi...tindakan pertama utk org yg first time mcm aku ni of courselah biasanya nak cari Travel Agent (TA). Zero giler tak tau apa-apa.Betul-betul ada niat & duit jer.

Nak jimat minyak kete & parking, maka cari dulu dlm dunia internet. Berlambak giler.Mana nak aku pilih nih??Terbaik, cari yg office diorang ni dekat ngan umah. Apa-apa hal senang nak terjah .Risau gak kena tipu.Memang ada pun, jangan tak tau!! 

Pengajaran yg aku dapat ialah sila pastikan  ;

1) TA yg kita pilih tu, diiktiraf kerajaan Malaysia dan Arab . Kena kajilah skit latar belakangnya. Boleh dapatkan senarai TA macam ni di jawhar.gov.my.
ATAU bacalah komen org ramai dlm ruangan Facebook TA tu. Lebih selamat dan mudah kalau memang ada sedara mara atau kawan kita yg memang guna khidmat TA tu.Jangan lupa doa pada Allah, minta dibukakan hati kita utk buat pilihan bersesuaian.Jangan ada sesalan.

2) Harga package yg munasabah. Mahal tak bermaksud baik dan murah pun bukan maknanya buruk. Ada kaitan dgn syarikat penerbangan + jarak hotel ke masjid + upah mutawwif (ustaz/ustazah yg bimbing kita di sana nanti. Macam travel guide) + makan minum@hotel tu + kenderaan yang nak bawa kita sana sini.

    A)Syarikat penerbangan :  Malaysia punya, Arab punya...macam-macam ada. Yg penting tanya TA: flight ni terus ke Arab atau ada transit kat negara lain dulu sebelum sampai Arab. Aku cari yg direct to Arab. No transit. Alasan => Flight ke Arab makan masa 9 hingga 10 jam.Aku pergi ngan ayahanda bonda yg tak pernah naik kapal terbang sebelum ni. Aku tahu diorang sure letih duduk dalam perut kapal terbang tu. Udahlah naik Economy class jer...bukan Business atau First class. Lagi pun sure excited nak cepat sampai. Hi!Hi!
            Untuk pengetahuan semua, biasanya ada 2 cara :
( 1 ) buat Umrah di mekah dulu, then baru tuju Madinah.
( 2 ) Ke Madinah dulu, pas tu baru start ke Mekah utk buat umrah.

Ada bezanya.Kalau ke Mekah dulu (jenis no.1) kena niat umrah dlm kapal terbang selepas pengumuman dibuat oleh juruterbang. Maknanya, bermulalah segala pantang larang dalam ihram dan yg lelaki dah kena ready pakai kain ihram.

Kalau ke Madinah dulu (jenis no.2), tak payah niat umrah dlm flight. Sampai Jeddah airport , kena naik bas 4-5 jam utk tuju ke Madinah dulu. Next week baru start ke Mekah buat umrah. Jadi, kalau dapat flight yg landing terus kat Madinah lagi baguslah. Tak payah naik bas tu.

Aku pilih no.2. Alasan=> Tak nak niat ihram dalam kapal terbang.Rasa lega dan lebih selesa kalau tuju Madinah dulu, check in hotel , mandi, rehat dan sebagainya, lepas tu get a fresh day utk niat umrah masa mula nak berangkat ke Mekah. Maklumlah,  first time. Rasa excited , jakun, culture & temperature shock...semua ada. Kena redakan dulu. Karang tak pasal-pasal ada pantang larang ihram yg aku `langgar`. Naif sungguh nih! AllahuAkbar.

   B)Hotel : Jarak hotel dgn masjid, lagi dekat lagi mahal lah. Logik lah tu. kalau dapat yang 300m ke.. 400m ke...  ,450m ke... itu kira dekatlah juga. tak kan terasa jauhnya sebab on the way ke masjid ada macam-macam kedai yg menggoda dan 1001 ragam manusia dari seluruh dunia. Cuci-cuci mata cam tu pun aku suka gak. Tengok sendiri apa yg beza dan rasailah/nikmatilah suasana sekitar yg korang akan rindu gak nanti bila dah balik Malaysia. Apapun, mulut mau jaga, okey. Belum sampai masjid, dosa dah satu kontena!
          Bilik hotel pulak, kalau lagi sikit jumlah orangnya, lagi mahallah. Biasanya harga yg tertera adalah bilik berempat. Kalau nak bilik bertiga (3 beranak mcm aku) lain harganya, kalau nak laki bini je lain gak harganya. Sila tanya TA, Kalau tak kisah duduk pisah pisah, kita akan diletakkan sebilik ngan orang lain, yg sama jantinalah..of course. Boleh masuk bilik berempat, berenam yg lagi murah. Senang dapat kawan baru.
         Tapi aku pilih bilik bertiga .Alasan=> Akulah anak merangkap travel guide utk ayahanda bonda juga. Permintaan ayahanda juga, kalau boleh nak sebilik. Maklumlah apa-apahal tanggung bersama.Lagipun aku faham ayahanda bonda sure banyak kerisauannya. First time duk hotel tak ada tulisan BM.Aku pun suka gak tgk muka excited + smile face diorang....with love.
         Pasal makan pulak, memang dah disediakan. Biasanya makan kat hotel tu lah. Ada juga yg minta tolak bahagian makanan ni sbb dia nak redah sendiri, cari makan kat luar hotel. Dapatlah murah dua tiga ratus ringgit. Pandai redah, boleh pulak berbahasa arab skit-skit, makan tak cerewet, berani mencuba, bolehlah buat cam ni. Biasanya yg dah pernah pergi, diorang ada requestlah macam tu. Pilihan masing-masinglah.

   C) Mutawwif : Ustaz dan ustazah merangkap travel guide yg TA pilih utk bimbing kita di sana nanti. Yg musykil, tetiba plak lupa hukum hakam umrah, bolehlah tanya diorang ni. Jangan buat bodoh sombong. Dah bayar, gunalah. Tapi janganlah sampai menyusahkan diorang plak.Tu pasallah TA akan buat kursus Umrah utk bagi ilmu umrah pada semua. Ringanlah skit beban Mutawwif ni. Lagi pun penat gak nak handle satu group manusia yg ada macam-macam `songel`. Yg tu kira dugaan utk jadi mutawif lah. Dapat yg Profesional, nampaklah senyumannya memanjang ....dlm hati Allah saja yg Tahu.
            So, pergilah umrah dgn ilmu penuh di dada. Baca banyak buku, artikel dalan internet and dengar juga cerita org yg dah pergi secara `LIFE`. Nak susahkan Mutawwif pun, agak-agaklah. Kita senangkan kerja orang, mudah mudahan Allah Mudahkan kerja kita juga. Amin.        
              Satu lagi, mutawwif ni ada juga yg TA pilih dikalangan student yg masih menuntut di sana. Orang Indon pun ada. Jadi, kita akan jumpa dia di airport nanti.

    D) Kenderaan : Kalau dah pergi dalam group yg besar, bus is the best. Murah pun murah. Ada jugak yg dah banyak kali g umrah, diorang nak cuba plak gi tanpa guna TA. Kira redah sendiri!So, kenderaannya boleh jadi kereta, van dan sebagainya, yg lebih mahal skitlah.Ada yg nak cuba g umrah sendiri lepas ni? Boleh cari infonya kalau search/google `pergi umrah tanpa pakej`. Ramai yg dah buat. Menarik jugak!


    E) musim umrah : Musim terbaik dan paling ramai rebut ialah Ramadhan.Mahal jugaklah. Dah favourite season, siap berebut hotel ngan orang Arab sendiri! Diorang pun nak jugak musim tu. Lepas musim haji, yg hujung tahun pula dipanggil umrah musim sejuk. Suhu Mekah&Madinah turun sikit tapi tak derlah sampai bersalji ! Itulah musim pilihanku. Semoga ayahanda bonda tak apa-apa dengan kesejukan di sana. Aku pun. Amin.

Jadi, itulah serba sedikit yg aku ambil kira sebelum confirm nak buat pendaftaran dengan TA pilihan hati.Walau bagaimana pun, tak elok juga cerewet sangat. Hakikatnya, mana ada TA yg perfect. Set your mind, masalah tetap ada dan bersedialah. Ujian Allah tak semestinya bermula bila dah sampai sana. Ada yg payah di sini, sabar punya pasal Allah Permudahkan hal ibadah dia di sana dan begitulah sebaliknya. Apa-apa pun jangan tersasar dr niat asal...UMRAH...nak lawat Rasulullah SAW ....nak masuk ke rumah Allah ....nak buang dosa. Bukan percutian 5 bintang!!

Finally, aku pilih Barakah Umhaj Travel, beribu pejabat di Anggerik Mall , Shah Alam. Aku pergi 22 Dec 2013 - 2 Jan 2014. 10 hari. RM6380-Bilik bertiga. Aku perempuan bawah 45 tahun bermahramkan ayahanda sendiri. Bonda tercinta juga ikut bersama. Pada pandanganku, TA yg aku pilih ni sesuai utk mereka yg dah pernah pergi umrah sebelum ni. Yang first time better cari yg lain.

No comments:

Post a Comment