Masih ada Construction work in progress . Hotel lama dirobohkan, ganti baru. Kerja -kerja memperluaskan ruang tawaf, ruang masjid masih diteruskan untuk keselesaan umat Islam sedunia yg dtg beribadah. Ruang legar depan pintu masuk ke Kaabah memang luas - boleh lepak ( tafakur) - toilet ,tempat wudhuk, locker area, tempat minum air zamzam pun ada - semua tu tersedia sblm masuk ke gate King Abdul Aziz. Kalau dah ready, jom kita masuk!
Ayahanda menuju ke tempat 'drinking water' bersebelahan tempat wudhuk lelaki. Drinking water is not zamzam! Itu air biasa . Kalau air zamzam, ada tulis 'zamzam'. Lokasi berbeza.
Sama mcm di masjid Nabawi, lebih baik bawa kasut sendiri dlm beg! Jgn tinggal di luar gate. Read the signboard. Kalau yg hilang kasut, boleh jer berkaki ayam sampai ke kedai2 depan yg berhampiran utk beli yg baru, tapi hati-hati kalau bukan musim sejuk sbb of course lantai tu mmg panas.
Ada juga guard women yg tolong pastikan muslimat berada di area muslimat. Teringat aku pd guard women masa di Madinah hari tu. :)
Sentiasa ingat laluan dan gate yg kita lalu. Mudah mudahan tak sesat. Insyaallah.
Adakalanya, pintu yg kita masuk, belum tentu itulah pintu yg kita akan keluar kerana laluan mungkin bertukar utk elak kesesakan selepas habis solat. Itu pengalaman ayahanda ku.
Apapun jgn panik, itu pun cara Allah nak duga kebergantungan kita padaNya. Ingatlah, kita dah masuk ke rumah Allah, maka Dia lebih tahu nak uruskan kita sbg tetamunya. Begitulah jua apabila terpisah dr ahli keluarga kita. Mohon petunjuk dariNya. Dia Maha Melihat lagi Maha Mengetahui. Insysallah akan terdetik sesuatu di hati kita utk mula melangkah ke arah yg betul. Insyaallah.
Bila dah bertemu, jgn nak marah2! Bersyukurlah. Senyum dan pulanglah bersama-sama. Kan elok mcm tu.
Kalau ada yg marah2, ingat2 kanlah dia. "kau ingat kau siapa bro , sampai Allah nak uji sikit pun tak boleh!?".
No comments:
Post a Comment