5) Raudhah

RAUDHAH = Ruang antara rumah Siti Aishah ( sekarang kawasan berkurung) dgn mimbar Rasullullah SAW. 

Sebesar-besar Masjid Nabawi, inilah lokasi istimewa yg menjadi rebutan ramai. Dibezakan dengan ruangan lain dgn karpet hijau berbunga. Kepada muslimat, waktu dibenarkan masuk adalah selepas subuh, zohor dan isyak. 

Ada pengawal wanita Arab yg bagi arahan utk berkumpul mengikut negara. Indonesia dihimpunkan bersama M`sia sebagai satu group `Melayu`. Masih teriang-iang di telinga suara arahan mereka berteriak,  'Ibu! Ibu! Duduk! Duduk!" bila ada yg mcm tak sabar-sabar berhimpit di depan gate yg akan dibuka. 

Suasana agak kalut! Ada yg tak ikut arahan. Ada yg join group lain. Yg keras kepala, yg tak nak undur....macam macam keletah manusia. So far, group `Melayu` adalah group yg terbaik. Paling sopan dan no wonder why org Arab memang respect Malaysian & Indonesian.

Memang kecoh bila satu gate dibuka dan group Tanah Arab menyerbu masuk. Next day, bukak gate utk orang-orang kita pun, diorang serbu gak. Memang betullah! Tahap kesabaran `Melayu` lebih baik dr `Arab`. Berlari diorang menghala ke Raudhah sampai ada yg terjatuh. Nasib baik tak cedera.

Sebenarnya, tak perlu nak berambat mcm tu. Masing-masing akan dapat `ruang` dan `masa` di RAUDHAH, Insyaallah. Percayalah! Hanya perlu bersabar. Laluan khas utk wheelchair pun ada. Apapun, mesti banyak bersabar.

Bila tiba giliran `Melayu`, kitaorang pun masuk. Masa tu, kita akan dibawa ke satu lagi ruang utk menanti giliran. Kawasan ni hampir sangat dengan RAUDHAH. Dalam masa menunggu ni pun, ada baiknya berzikir pun boleh...nak baca Quran pun boleh.....nak solat sunat pun boleh....Ada gak yg berkenalan. Jangan buat benda sia-sia. Aku rasa tempoh menunggu sejak lepas solat adalah lbh krg 1 jam jugak! Baru dapat masuk RAUDHAH tapi yg bagusnya, tak ada tragedi berebut area nak solat dgn mak Arab Pakistan dll dan solat pun jauh lebih selesa. Maka, bersabarlah menanti. Allah Tentukan. Don`t worry.



Image

 Bila dah jejak kaki ke karpet hijau tu, RELAX! Solatlah dgn tenang walaupun dikelilingi manusia yg sentiasa bergerak ke sana sini mencari ruang masing-masing. Akan kedengaran lagi, suara pengawal menyuruh beberapa org keluar setelah dirasakan mereka telah lama berada di situ.

Diingatkan ! Sila ambil tahu posisi maqam nabi, Abu Bakar and Omar . Get the map. Dalam buku panduan Umrah pun ada. Study betul-betul. Kita masuk RAUDHAH kenalah bagi salam pada `tuan rumah`. Salam terbaik adalah dgn menyebut nama mereka bertiga. Yg ni pun ada dlm buku panduan. Cuma jgnlah berdiri depan maqam org lain, bg salam kat orang lain! Haru biru! 

Image
The roof & carpet are special - actually camera is not allowed -  be careful!  

Kadang-kadang bila kita selesai urusan di RAUDHAH, balik ke hotel, time utk mkn mlm dah tamat. Hidangan mungkin dah habis. Jadi, ada baiknya, pesanlah kepada mahram lelaki utk `tapau` sikit. Masa turn Muslimat ke RAUDHAH, kaum Adam diminta keluar masjid. So, suami, anak lelaki, ayah, atok...biasanya dah kembali ke hotel dulu utk makan time.

Terima kasih buat Ayahandaku yg sudi `tapau` !! 


Kalau dr luar masjid, kedudukan RAUDHAH adalah di bhg kubah yg berwarna hijau.  
Image
Bonda berdiri di laman masjid. Kelihatan kubah hijau dr jauh. Bonda mengadap deret kedai cenderamata. Belakang tu, pintu masuk lelaki. Ke kiri bonda adalah tangga masuk ke Perkuburan Baqi'. 

Pintu masuk wanita, kena terus lagi ke depan. Jauhlah skit dr hotel kami.Tapi ingat! Jgn banyak mengeluh. Lagi jauh lagi bagus sebenarnya sbb setiap langkah hamba Allah menuju ke masjid, ada pahalanya. 

Di sini pahalanya berganda-ganda. Dosa pun berganda juga. Maka, buatlah pilihan anda. 


[ ......Rindunya dgn suasana nih!!......`:| ]

No comments:

Post a Comment