Aku banyak buat survey pasal TA utk kutip info awal melalui internet. Ada juga berdasarkan banner yg bersepah-sepah kat sekitar Shah Alam ni. Kertas-kertas iklan sampai kat peti pos pun ada gak. Ambil terus no.phone mana yg tarikhnya rasa berkenan. Aku perempuan so, pilih tarikh yg confirm waktu `suci`. Masa contact TA ni antara yg patut ditanya,
1) ada kekosongan lagi ke? Dah full?
2) Jenis flight : MAS? AIRASIA? QATAR? Direct flight? Turun kat Jeddah / Madinah?
3) Jarak hotel ke masjid
4) Harga bilik. utk 3 sebilik? 4 sebilik?
5) Ibupejabat TA ni kat mana?
Itulah soalan ringkas yg ulang-ulang kutanya kpd setiap TA yg dihubungi. Then, comparelah utk buat pilihan terbaik. Bila dah confirm , call semula utk appointment nak dtg pejabat diorang, Walaupun boleh daftar online. Tapi, tak puas hati sbb banyak nak tanya.
Sebelum ke pejabat TA ni, awal-awal aku dah minta diorang emailkan itinerary dan dokumen yg perlu dihantar nanti. Jadi, antara yg perlu disediakan :
1) Passport : Aku buat di bangunan PKNS, Shah Alam. Boleh dapat Passport tu hari tu juga. Pergilah pagi utk elak beratur panjang. Ada sesetengah negeri, lengang je bahagian buat passport ni. Untunglah! Kat area Lembah Klang ni, kalau lengang pejabat, kira ajaib jugak!
Bayaran: RM100 - 2 tahun dan RM300 - 5 tahun. Rujuk sini.
Foto passport pun aku buat kat dlm pejabat tu jugak. Ada satu sudut khas utk ambil gambar yg ikut ukuran yg diluluskan. Mahallah sikit...RM12. Kalau buat kat kedai gambar biasa boleh dapat RM8 tapi sebab aku was was ngan ukuran diorang ni. Masa tu ada kedai yg tak tahu ukuran dan warna background gambar dah tukar, tapi diorang masih cetak gambar versi lama.
2) Selain gambar utk passport, kita juga perlu sediakan 4 gambar utk Visa Umrah. Yang ni boleh buat kat kedai. Cakap je nak foto utk visa umrah, pandailah diorang settlekan. Smile!Say cheeeese....Siap! Nah! RM10.
3) Lepas siap gambar , terus masuk klinik sebelah. Demam umrah? No...no...no! Nak pergi Umrah/haji memang wajib kena suntik. Jangan nak lari!Tujuannya utk elak kita kena penyakit berjangkit di sana nanti. Maklumlah, berjuta hamba Allah yg datang dari macam-macam pelusuk dunia. Bukan semua dijamin sihat tak berpenyakit.
Borak-borak sikit dgn doktor tanya tujuan suntikan tu ..... tau tau dah siap cucuk! Alahai ! Tak sempat nak jerit. Hi!Hi!Hi!Penakut gak ni sebenarnya. Ucap terima kasih kat dia, aku pun keluarlah. nak bagi salam, sekali doktor India daa...
Jangan selamba keluar klinik plak. Tunggu kejap kerani tu nak sediakan sijil suntikan. Mak ai! Ada sijil rupanya...jgn tak tau! Tapi bukanlah kertas saiz A4 cantik sampai nak frame gantung kat dinding . ..dalam bentuk buku je. Aku pun tak tau apasal orang panggil `sijil`.
Pas tu? Apa lagi...bukan klinik mak aku...bayar ler. RM135! Berbaloi lah kot sebab doktor kata kuman baik tu akan kekal dalam badan kita selama 3 tahun. Aku pun tak der siapa jamin boleh hidup selama tuh. So,sedekah senyum kat kerani tu, and aku pun keluar dgn rasa lebih semangat nak gi Mekah nih. Dalam hati ada bunga sedang berkembang...so happy.
4) Sebab ayahanda bonda pun pergi. Kena sediakan juga salinan surat nikah .Itu bukti yg si polan ni, isteri atau suami kepada si polan. So, nak sebilik pun tak kecoh.
5) Aku pulak anak kepada ayahandaku. Anak kandung pun kena buktikanlah. Guna apa? Ambik darah? Tak payah kacau doktor, bukak jer file kat umah, sila copy surat beranak anda.
Dah ready semua? Check semula benda yang perlu diserahkan kat kaunter pendaftaran nanti.
1) Passport
2) 4 gambar visa umrah
3) Salinan surat nikah (ayahanda bonda)
4) Salinan surat beranak aku (sbb ikut ayahanda, mahramku)
5) Buku suntikan
Ada satu lagi, sebenarnya.... iaitu dinamakann `duit deposit`ataupun `bayaran pendahuluan` atau ada juga yg sebut `duit booking`. Bab ni kena confirm dulu dengan TA. Diorang nak berapa? Cash? Bank online? Nak lum sum pun boleh.Discuss baik-baik. Paling murah aku dengar RM300 sekepala dan paling mahal RM1000 sekepala. Aku kena yg tu=> RM3000 utk 3 orang. Pas tu tanyalah, paling lambat bila mesti bayar penuh? Maka tiba masanya tepatilah janji itu. Permudahkan urusan mereka. InsyaAllah urusan kita pun akan Dipermudahkan yang Esa.Amin.
Dah alang-alang dtg bertandang ke pejabat TA ni, baik tanya habis-habisan. Yang patut kita tanya :
1) itinerary : iaitu jadual aktiviti dan perjalanan di sana nanti. Minta copy kalau masih tak diemail pd kita. Itinerary tu memang jadi panduan nak bawa baju/barang mana yg bersesuaian. Pendek kata, apa yang patut dibawa dlm beg nanti. Pas tu nama hotel pun ingatlah. Ada masa boleh gak siasat sendiri hotel tu wujud ke tak...apa komen orang yg pernah jadi tetamu kat situ. Mengetahui serba sedikit baik buruk hotel ni ada juga faedahnya. Setidak-tidaknya kita dah ready apa yg ada dan apa yg tak ada. Tak seronok gak dapat kes `Indah khabar dari rupa`. Gunalah internet sebaik-baiknya.
2) Kursus umrah : Bila ? lokasi? berapa jam? Kena tanya supaya boleh arrange jadual kita jugak. Mungkin ada yg kena apply cuti kerja. Lazimnya, diorang buat start pagi hari Sabtu atau Ahad, siap lunch sekali. Kalau ramai sangat ada yg pilih masjid berdekatan sebagai lokasinya.
Sebaik-baiknya pergilah sebanyak mungkin. TA yg lain buat kursus aku join gak. Ada yg tak kisah kalau kita nak join sekaki padahal bukan pergi ngan diorang pun. Pas tu hulurlah sikit, beritahu yg kita nak join sebab nak belajar. Nak pergi tak tau bila. So, kutip ilmu dululah. Dari situ juga korang akan tahu apa masalah yg biasanya berlaku di kalangan jemaah yg nak ke sana. Macam-macam cerita. Macam-macam soalan. Masa ni juga, kita akan diperkenalkan dengan mutawif (= ketua rombongan) yg akan bersama kita nanti.
3) Pasal beg (luggage) : Biasanya, beg travel besar beroda + beg kecil bertali utk letak dokumen/buku + beg baju saiz lebih kecil tak beroda , adalah antara beg-beg yg diberi PERCUMA selepas tamat kursus umrah. Nak ambik kemudian pun boleh. Ada juga TA yg bagi kain ihram(lelaki) dan telekung (wanita). Ada juga bagi beg kasut. Tanya jer, jangan malu. Kita nak bayar beribu kan!Gunakan hak anda sebagai pelanggan dengan sebaik-baiknya.


No comments:
Post a Comment